Followers

Tuesday 31 May 2011

Antique - Teko Aladin Bunga Lalang



Salam semua....apa khabar kawan2? Harap semua sihat..mesti ada yg ambil cuti sempena cuti sekolah ni...mlm ni just nak share teko aladin single mingle ni..Kawan2 pun tahu kalau bukan ros2 atau bukan pink, saya nya minat ada kurang byk...tapi kenapa teko ni saya simpan juga ? Sebabnya...ini adalah pemberian mak saudara, katanya ini lah satu2nya teko yang dia simpan sejak peninggalan arwah mak beliau. Saya terharu dan hargai pemberian ini...tu yg saya simpan...set ni saya tak ada cawan langsung, padahal masa pi hunting byk kali juga jumpa cawannya- yg bentuk loceng, mulut lebar dan maharani..tapi tak beli sebab tak minat. Apapun saya akan jaga teko ini sepertimana ianya dijaga oleh mak saudara saya sebelum ini..ok, nanti jumpa lagi...adiossss. Gd nite..sweet dream.

Sunday 29 May 2011

Single Teacup - from Japan





Salam....sibuk sgt hujung minggu ni...byk jemputan. Maklumlah cuti sekolah, jadi ramai yang ambil peluang untuk buat majlis perkahwinan. Hari ni nak share single teacup yg dtg nya dari Jepun. Motif bunga ros dan belang amat menarik perhatian. Nak tahu, ni je yg saya ada...tapi susah gak nak cari kaum kerabat suku sakat nya...kdg2 betul gak kata atau pesanan dari otai ' kalau dah rezeki tak ke mana '...jadi sabar je la kan ? Insya Allah kalau dah rezeki, mesti suatu hari nanti set ni lengkap juga. Dapat set untuk 2, 4 atau 6 org pun dah cukup kan ? Ok...nanti sambung lagi di lain n3. Wassalam...

Friday 27 May 2011

TEKO KOTAK LAGI






Salam semua....mlm ni just simple n3. Lagi teko kotak from England. Saya teraamat suka bila mula2 tgk koleksi ni depan mata...cantik rosnya...warnanya..shapenya dan pemegangnya. Terlalu indah...Syukur dpt ni semua-terapi mata dan minda yang penat ni...ok, by gd nite...happy viewing and happy weekends.

Wednesday 25 May 2011

Antique - 5 roses


Salam semua...mlm ni nak share koleksi 5 roses, harap2 kawan2 tak jemu ye... Suka hati dan happy sgt2 bila dah cukup set untuk hidangan 6 org. Thx kepada kawan2 blog yg bantu dapatkan semua kaum kerabatnya - Yatt, K Ajmah, Bro Shariff, K shas, K mas & own hunting..bila tgk set ni, dlm hati ria tak terkata...hilang penat..he he. Bye, gd nite.

Tuesday 24 May 2011

Antique - Double Rose







Salam semua....harap semua kawan2 sihat. Ptg ni just nak share koleksi double rose yg seciput ni. Saya cuma ada teko sederhana dan sepasang cawan mulut lebar. Teko - own hunting, cawan ml - dari rakan blog yang sudi barter dgn saya. Tq my friend. Jasa mu dikenang..Mcm biasa, asal nampak je rose pink, hati mula tak keruan...ni tak sabar nak pi hunting dgn harapan jumpa koleksi ni...harap2 dapat la kaum kerabat yg lain...Ok bye..nanti kita sambung lain kali. Be Happy... 



Saturday 21 May 2011

Antique - ' Pink Galore '













Salam semua....best suasana hari ni..biasa lah suasana kg, sunyi tapi sangat mendamaikan...hujan renyai. Sekejap je dah hari Sabtu. Pagi ni, nak share dgn peminat PML set pink polos ni...Set ni mula2 tak ada niat nak collect, punca minat nak collect bila kawan kg mak namanya, Makcik Ora bagi teko debabs montok tu. Katanya, ni lah set yg mak beliau gunakan untuk majlis pertunangan dia 60 tahun dulu ( wahh, kira hebat la kan tunang pakai set ni ? )...dia kata ' ambil la nak, anak makcik tak nak...' so saya pun dgn terbuka hati terima....( nak melompat masa tu, tapi control je... he he )...Dari situ saya mula cari kaum kerabatnya...sikit2, lama2..membiak.  Perasan tak set ni saya byk teko - bentuk montok, cinderella, choc pot dan papaya/kacang...Thx to mereka2 ni untuk :

Teko - Kak ajmah, hunting sendiri, mak cik Ora
Cawan - Tas dan own hunting
Platter - Tas
Piring Leper Rosa - Ezany
Milk Jug - Kak Ajmah

Saya masih mencari sugar bowl dan tureen...kalau sesiapa ada xtra, roger la saya ye...Bye, to be continued......

Wednesday 18 May 2011

Antique-Cabbage Rose













Salam semua....mlm ni n3 set yg semua peminat PML dah tahu di mana koleksi di atas diberi nama Ros Kobis ( Cabbage rose ). Boleh dikatakan susah gak nak kumpulkan kaum kerabat dari species ni...nak2 cawannya. Jika ada rakan2 di luar sana yang ada xtra, roger2 la saya atau nak barter pun boleh juga. Tq so much untuk mereka yang dapatkan :

Teko Bulat - Kak Mas, JB ( dari blog mas's collections )
Cawan mini - Pemberian Tas, JB sebagai tanda frenship
Mangkuk kuah & piring meakum - Bro Shariff, Bt Pahat, JB
Platter bujur - own hunting
Jug Susu - Taj
Piring leper - CT, Meru Klang

So, nanti sambung lagi ye....gd nite.

Tuesday 17 May 2011

Tureen - VCR








Salam semua...kejap dah petang, sunset kat sini cantik sgt...ptg ni nak share dengan kawan2 tureen yang baru dapat Ahad lalu...dapat dari Tangkak Johor, dari rumah abg long. To be honest, saya tak collect bunga VCR, tapi bila dpt tureen yang bentuk ala2 sugar bowl aladin ni, tersangat la suka...apatah lagi dapat 'free'...tq to kak long yg melepaskan tureen ni kat adik ipar bongsunya ni...mmm..rezeki saya agaknya...ok, bye, nanti sambung lagi...happy viewing.